30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Anwar persembah jumlah sokongan kepada Agong Selasa depan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa depan untuk mempersembahkan butiran sokongan majoriti yang dimilikinya di Dewan Rakyat.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Anwar berkata, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, Al-Sultan Abdullah telah diberi keafiatan daripada kegeringan baru-baru ini.

“Sehubungan itu, saya ingin menjunjung kasih kerana Kebawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober 2020, InsyaAllah.

“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.

Advertisements


“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” kata Anwar dalam kenyataan itu.

Pada 23 September lalu, Presiden PKR itu mengumumkan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Katanya, majoriti yang diperolehi adalah konklusif dan bukannya majoriti tipis.

Namun butirannya hanya akan didedahkan selepas beliau menghadap Seri Paduka yang ketika itu menjalani rawatan di Institut Jantung Negara.

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan