24 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Hukuman mati pembunuh Jamal Khashoggi diganti penjara

Mesti Baca


RIYADH – Sebuah mahkamah Arab Saudi semalam menggantikan hukuman mati ke atas lima individu yang terlibat dengan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi kepada penjara 20 tahun.

Seorang lagi tertuduh pula dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua lagi dipenjara selama tujuh tahun.

Keputusan meringankan hukuman itu dibuat selepas anak lelaki Khashoggi memaafkan pembunuh bapanya pada Mei lalu sekali gus membuka jalan kepada hukuman lebih ringan.

Hukuman yang dikenakan ke atas lapan warga Arab Saudi itu sekali gus menjadi penamat kepada kes pembunuhan kolumnis Washington Post dan pengkritik bebas berkenaan.


Mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman mati ke atas lima individu terbabit dan tiga lagi dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh Khashoggi pada 2018.


Selain itu, mahkamah turut menggugurkan pertuduhan ke atas tiga individu selepas didapati tidak terlibat dengan pembunuhan berkenaan.


Kes pembunuhan itu sebelum ini menggemparkan masyarakat antarabangsa dan menjejaskan reputasi Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman.

HATICE CENGIZ

Memetik BBC, tunang wartawan itu yang berasal dari Turki, Hatice Cengiz menganggap keputusan itu sebagai satu sandiwara.

Pelapor khas PBB, Agnes Callamard mengkritik keputusan itu sebagai satu lagi tindakan parodi keadilan.

Baca juga:   Ebit Lew ziarah bapa kanak-kanak dibaham buaya

Khashoggi, 59, dibunuh dan mayatnya dikerat-kerat di Pejabat Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober 2018.

Dia yang merupakan pengkritik kepada putera mahkota dijerut dan mayatnya didakwa dikerat-kerat oleh 15 lelaki Arab Saudi di dalam bangunan tersebut, menurut beberapa pegawai Turki.

Baca juga:   Ebit Lew ziarah bapa kanak-kanak dibaham buaya

Semalam, Turki menyatakan keputusan mahkamah Arab Saudi itu di luar jangkaan global.

Badan pemantau media, kumpulan Wartawan Tanpa Sempadan turut mengutuk keputusan itu apabila Setiausaha Agungnya, Christophe Deloire memberitahu AFP perbicaraan tersebut tidak menghormati prinsip asas keadilan.

Mayat Khashoggi dilaporkan telah dikeluarkan dari bangunan itu dan jasadnya belum dijumpai sehingga sekarang.

Sepanjang proses siasatan berjalan, 21 orang telah ditahan.

Wartawan

Terkini

Ahmad Maslan, Steven Sim antara 27 dilantik Timbalan Menteri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen...

Lagi Artikel Berkaitan