27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

Penyebar kluster Sivagangga disaman RM1.5 juta

Mesti Baca

ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) menfailkan saman sivil sebanyak RM1.5 juta terhadap seorang warganegara India yang dikatakan punca kluster Covid-19 Sivagangga, di Mahkamah Tinggi hari ini.

CAKE turut memohon injuksi interim bagi menghalang pemilik restoran nasi kandar, Nezar Mohamed Shabur Batcha daripada keluar mukim Napoh di Kubang Pasu, Kedah atau keluar negara sehingga kes selesai.

Memetik Free Malaysia Today, Peguam CAKE, Mohammad Zunun Baihakky berkata, penuntut terdiri daripada pemilik perniagaan, pekerja, dan penerima upah dari mukim Napoh dan Megat Dewa yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Sasaran (Temco) yang dikuatkuasakan selepas Nezar ingkar arahan kuarantin wajib 14 hari sekembalinya dari India.

Penuntut lain termasuklah Jawatankuasa Peniaga RTC Pekan Napoh, Kelab Usahawan Belia Napoh, Persatuan Peniaga Kecil dan Penjaja Napoh, serta dua persatuan penduduk di Napoh.

Zunun berkata CAKE menuntut ganti rugi am, teladan, teruk, dan nominal bagi lebih kurang 200 individu dan lima badan bukan kerajaan (NGO).

“Tuntutan saman berdasarkan prinsip kejiranan sebagaimana merujuk kes Donoghue lawan Stevenson di United Kingdom (UK) pada 1931 atau lebih dikenali sebagai kes ‘siput dalam botol’. Asasnya, individu disaman mempunyai tanggungjawab menjaga pelanggannya,”katanya hari ini.

Baca juga:   Air Force The Movie: Selagi Bernyawa raih RM6 juta

Berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan, kluster Sivagangga bermula di Napoh selepas seorang lelaki India pemastautin tetap ingkar terhadap arahan kuarantin wajib sekembalinya dari lawatan ke Sivagangga, sebuah pekan di Tamil Nadu.

Baca juga:   TH akan utamakan bakal jemaah giliran tunai haji 2020

Empat mukim di Kubang Pasu diletakkan bawah arahan Temco, dan restoran terbabit ditutup sehingga hujung bulan.

Minggu lalu, lelaki berkenaan dihukum 5 bulan penjara dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan ingkar arahan kuarantin kendiri pada 14 Julai.

Sejak semalam, sejumlah 148 kes Covid dilaporkan di Kedah, separuh daripadanya dikaitkan dengan kluster Sivagangga.

Virus itu dilaporkan merebak ke Pulau Pinang dan Perlis masing-masing dengan 126 dan 30 kes setakat ini.

Wartawan

Terkini

Umrah dibenarkan hanya sekali pada bulan Ramadan

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan para jemaah tidak dibenarkan mengulang menunaikan umrah pada bulan Ramadan dan dibenarkan...

Lagi Artikel Berkaitan