27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, December 2, 2022

Nilai semula keputusan tidak tubuh RCI Tabung Haji – Pemuda UMNO

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO menuntut kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar menilai kembali keputusan untuk tidak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat sebarang salah laku dan penyelewengan dalam urus niaga Tabung Haji (TH).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, hanya RCI mampu menghentikan polemik tuduh-menuduh atas segala penyelewengan dan penyimpangan terhadap urusniga TH yang tiada berkesudahan, sekali gus mengembalikan keyakinan 9.3 juta pendeposit dan pelabur institusi terulung umat Islam berkenaan.

“Bermula dengan pelbagai tuduhan penyelewengan yang berlaku dalam Tabung Haji oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu, yang sehingga kini tiada satupun didakwa ke muka pengadilan, sehinggalah pelbagai isu yang menyentuh hati rakyat termasuklah isu jualan lambak ke atas 76.2% ladang-ladang milik TH Plantations dengan harga di bawah nilai pasaran.

“Ini tidak termasuk aset-aset hartanah Tabung Haji bernilai RM10 bilion yang sudah terjual kepada syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jemaah Sdn Bhd. Aset-aset ini termasuklah tanah TRX bernilai RM400 juta dan hotel-hotel Tabung Haji seluruh Malaysia yang selama ini banyak menyumbang kepada perolehan Tabung Haji.

“Harus diingat, TH adalah institusi yang cukup bernilai di hati rakyat Malaysia. Sebelum PH memerintah, Tabung Haji tidak pernah gagal dalam merealisasikan matlamat penubuhan yang bukan sahaja menguruskan segala keperluan urusan dan hal ehwal kebajikan jemaah haji, tetapi juga menjana ekonomi umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Baca juga:   708 calon SPM di Kelantan tangguh peperiksaan BM, BI
Baca juga:   Larangan Ahli Parlimen bertukar parti mula 12 tengah malam ini

Menurut Asyraf Wajdi, kecemerlangan Tabung Haji sebelum ini bukan sahaja diiktiraf oleh dunia malah prestasi kewangan yang memberangsangkan setiap tahun membolehkan pendeposit berkongsi hibah dan bonus setiap tahun secara purata tidak kurang daripada 6.25 peratus setelah ditolak zakat 2.5 peratus.

Sebab itulah tegasnya, apabila pelbagai tuduhan penyelewengan, skandal, defisit yang melanda secara tiba-tiba sejurus selepas PH memerintah mencetuskan pelbagai tanda tanya dan polemik berterusan.

“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kekal tegas mendesak agar kerajaan PN menubuhkan RCI menyiasat sebarang salah laku dan penyelewengan dalam urusniaga Tabung Haji,” katanya.

Semalam di Parlimen, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Albakri berkata, kerajaan hanya akan menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas untuk mengkaji urus niaga Tabung Haji jika ada keperluan untuk itu.

Katanya, jawatankuasa berkenaan akan dianggotai pakar untuk meneliti urus niaga terbabit agar menepati kepentingan Tabung Haji. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Shah Rukh Khan tunai umrah

BINTANG Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali, sejak...

Lagi Artikel Berkaitan