26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Disangka pakai gelang pink kuarantin, rupanya gelang masuk taman tema

Mesti Baca

IPOH – Seorang wanita yang gambarnya tular di laman sosial kerana memakai gelang berwarna merah jambu di sebuah kedai mamak, di sini, bukan individu di bawah pengawasan (PUS) Covid-19.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A. Asmadi Abdul Aziz Yang dipetik Bernama berkata  siasatan polis mendapati gelang yang dipakai wanita itu adalah gelang untuk memasuki taman tema Lost World Of Tambun, di sini.

“Ia adalah salah faham sahaja. Itu gelang untuk memasuki Lost World of Tambun,” katanya hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada peniaga kedai makan yang terletak di Jalan Kamaruddin Isa, Taman Fairpark di sini, kira-kira pukul 12.22 tengah hari tadi, bagi menafikan dakwaan berhubung gambar tular berkenaan.

Katanya laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sungai Senam oleh pengadu berusia 46 tahun itu supaya pihak polis mengambil tindakan sewajarnya kerana bimbang penularan gambar berkenaan akan menjejaskan perniagaan dan imej kedai makan terbabit.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming yang dipetik Astro Awani berkata, pihaknya telah menerima aduan mengenai kes berkenaan.

Advertisements

“Laporan polis telah dibuat dan pihak JKN Perak sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti individu terbabit,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Pada 21 Julai lalu, foto seorang wanita yang dipercayai melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Foto wanita tersebut yang sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Raya di sini menunjukkan gelang tangan berwarna merah jambu di tangan kanannya yang menandakan dia di bawah arahan kuarantin Covid-19.

Individu tersebut yang berjaya dikesan kemudiannya disahkan positif Covid-19.

Pada 29 Julai lalu, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya telah menghentikan siasatan berkaitan kes ‘makcik degil gelang pink’ itu.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini siasatan tersebut akan diteruskan oleh JKN Perak.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan