28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Harumanis ‘jenama’ mangga milik orang Perlis – MyIPO

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mengesahkan mangga yang ditanam dan dihasilkan di luar negeri Perlis tidak boleh dan tidak wajar menggunakan perkataan Harumanis.

Menerusi satu catatan dalam Facebook perbadanan itu, MyIPO memaklumkan, ini kerana sejak sekian lama penanam-penanam mangga di Perlis telah menggunakan nama Harumanis tersebut bagi hasil mangga klon MA 128 yang ditanam.

Jelas MyIPO, Mangga Harumanis ini telah diterima secara meluas dan sentiasa dikaitkan dengan mangga yang ditanam di Perlis dan atas fakta inilah Jabatan Pertanian Negeri Perlis mengambil inisiatif mendaftarkannya sebagi Petunjuk Geografi Mangga Harumanis Perlis.

“Mari kita sama-sama menghomati, menyokong dan mengiktiraf hak pendaftaran Petunjuk Geografi Mangga Harumanis Perlis.

“Jabatan Pertanian Negeri dan pihak berkepentingan seperti Persatuan Pengusaha Harumanis Perlis berhak ambil tindakan mahkamah untuk menghalang dan menuntut gantirugi ke atas pihak yang memalsu dan menyalahgunakan Petunjuk Geografi Mangga Harumanis Perlis/ Harumanis khususnya ke atas mereka yang mengelirukan orang ramai untuk tujuan keuntungan,” kata MyIpo.

Advertisements

Tambah MyIpo, Harumanis Perlis didafarkan sebagai Petunjuk Geografi di bawah Akta Petunjuk Geografi 2000 oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis pada 2 Ogos 2011 dan bukanlah jenama yang telah didaftarkan sebagai cap dagangan (trademark) seperti difahami orang ramai sehingga menjadi isu yang ditularkan.

Jelas perbadanan itu, berbeza dengan pendaftaran cap dagangan, pendaftaran Petunjuk Geogafi tidak memberikan hak eksklusif kepada pemilik secara induvidu sebaliknya memberikan hak penggunaan kepada semua pengeluar yang menghasilkan produk yang menepati kriteria dan ciri-ciri yang didaftarkan.

“Bagaimanapun hak penggunaan tersebut hanya terhad kepada pengeluar-pengeluar yang menghasilkan atau mengeluarkan produk berkaitan di dalam kawasan yang dinyatakan dalam pendaftaran.

“Dalam konteks Petunjuk Geografi Mangga Harumanis Perlis, hanya keluaran mangga yang ditanam di Negeri Perlis sahaja yang berhak menggunakan petunjuk geografi tersebut. Keluaran mangga yang dihasilkan atau ditanam di luar dari Perlis tidak boleh menggunakan Mangga Harumanis Perlis,” kata MyIpo.

Minggu ini tular dalam media sosial berkaitan penggunaan jenama Harumanis di negeri-negeri dan kawasan-kawasan lain selain negeri Perlis sehingga dibangkitkan isu berkaitan pendaftaran jenama dan trademark di MyIPO. – H.M NOOR

Advertisements

Terkini

Sukuk wakalah Samaiden terima penarafan RAM

SAMAIDEN Group Berhad, pakar tenaga boleh diperbaharui (RE) yang terlibat terutamanya dalam kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (“EPCC”) dan...

Lagi Artikel Berkaitan