25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024

Lelaki ‘mirip’ SRK dedah perkara sebenar

Mesti Baca

TEMERLOH – Tular di media sosial sejak kelmarin akan gambar seorang lelaki mirip pelakon ternama Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK).

Tampil menceritakan hal sebenar, tuan punya badan,Syaiful Afenddi Ismail, 44, memaklumkan, dia tidak mempunyai niat menipu sebaliknya sekadar suka-suka untuk menyunting gambarnya menggunakan aplikasi ‘Face App’.

Syaiful yang juga peniaga roti canai berkata, menerusi aplikasi itu, dia memilih wajah Shah Rukh Khan sebelum memuatnaiknya di media sosial.

Memetik laporan Sinar Harian, bapa kepada lima orang anak itu berkata, dia tidak sangka wajahnya sesuai dengan wajah Shah Rukh Khan sehingga tular di media sosial.

SYAIFUL AFENDDI ISMAIL

“Saya tidak ada niat nak menipu…sekadar hendak bergurau dan selepas memilih wajah Shah Rukh Khan tidak sangka sesuai dan kena dengan wajah saya.

“Saya hanya kongsi gambar yang diedit itu di Facebook sejak kelmarin dengan niat bergurau.

Advertisements

“Pagi semalam, ada rakan memberitahu gambar saya itu sudah dikongsi pengguna Facebook dan sehingga hari ini dengan lebih 1,000 perkongsian serta komen di Facebook saya,” katanya, semalam.

Syaiful juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan dan bertugas sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Unit Promosi dan Media Korporat Masjid Temerloh Jaya yang turut terkenal di seluruh negara dengan kehadiran jemaah terutama ketika solat Subuh.

Ditanya reaksi keluarga, Syaiful berkata, keluarganya faham bahawa gambar itu sekadar gurauan namun mengakui isterinya, Situ Fatimah Abdullah, 42, ada menegur tindakannya.

“Selepas gambar saya tular, saya terima banyak menerima permintaan untuk menjadi kawan di Facebook dan majoritinya wanita malah ada dari Indonesia.

“Saya ingin meminta maaf kepada mereka yang merasa tertipu, tak sangka penangannya memang lain macam,” katanya.

Mengakui ada yang memarahinya selepas melihat wajah sebenarnya, Syaiful yang meminati Shah Rukh Khan berkata, kesan daripada wajahnya yang tular itu juga dapat mendedahkan segala aktiviti masjid yang banyak dikongsi dalam Facebooknya.

Advertisements

Terkini

Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2024 tawar diskaun sehingga 50 peratus

KARNIVAL Cuti-cuti Malaysia 2024 (KCCM2024) yang bakal berlangsung pas 25 hingga 27 Oktober di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan