29.1 C
Kuala Lumpur
Monday, December 11, 2023

Kisah To’ki dapat perhatian, Ustaz Ebit sebak

Mesti Baca

KISAH kehidupan penyanyi  To’ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur, 58, yang hidup dalam keadaan daif mula mendapat perhatian banyak pihak.

Penyanyi yang popular dengan lagu Biasan dan tinggal di sebuah pondok kecil di Batu 12 Gombak itu menerima kunjungan pendakwah terkenal, Ebit Lew, semalam.

Menerusi hantaran dimuat naik oleh pendakwah yang mesra disapa Ustaz Ebit itu, beliau amat sebak dan bersimpati akan nasib dialami To’ki yang telah lebih setahun tinggal di pondok tersebut.

Seperti sudah lama kenal, To’ki terus memeluk Ustaz Ebit semasa menyambut kehadiran penceramah itu.

“Kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz,” kata To’ki.

Dalam ziarah itu, Ustaz Ebit menghadiahkan peti ais dan mesin basuh kepada To’ki selain berjanji untuk membantu menyediakan pengepam dan tangki air.

Kisah To’ki yang tinggal di pondok itu bersama isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof yang kini sakit mendapat perhatian netizen sejak ia tular dalam media sosial.

Selain Ustaz Ebit, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan turut menyantuni To’ki Di rumahnya, semalam.

Kunjungan PPZ diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff yang bersetuju untuk menyediakan rumah lebih selesa kepada penyanyi berkenaan.

“Antara yang kami tawarkan kepada To’ki ialah sebuah rumah di kawasan berdekatan di mana PPZ akan membayar sewanya selain kelengkapan rumah yang sesuai seperti peti ais dan sebagainya dan tidak berjauhan dari pondok yang didiami ketika ini,” katanya. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Perlunya kerangka pengurusan risiko untuk IPT

Oleh DR AZLEEN ILIAS PENGURUSAN risiko dan kawalan dalaman penting adalah di dalam sektor swasta kerana sektor ini diperlukan untuk...

Lagi Artikel Berkaitan