26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

DUN Sabah dibubarkan – Shafie

Mesti Baca

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.


Mohd Shafie pada masa sama menegaskan, beliau masih Ketua Menteri Sabah sementara sepanjang tempoh itu.


Menurutnya yang membuat pengumuman itu pada sidang media di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini, beliau telah mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin mengenai perkara itu.


“Pagi tadi saya bertemu Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin memperakukan untuk membubar DUN.


“Walaupun Dewan Undangan Negeri dibubarkan, saya masih ‘care-taker’ dalam tempoh 60 hari. Sampai waktu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mari kita undi. Pilihan kena tepat sama ada pilih si (Tan Sri) Musa Aman, (Datuk Seri) Bung Moktar, (Datuk Seri) Hajiji atau Shafie Apdal,” katanya dalam sidang media di sini sebentar tadi.

Terdahulu, Mohd Shafie mengadap Tun Juhar di Istana Negeri di sini dan kenderaan yang membawa ketua menteri itu dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 8.25 pagi.

Politik di Sabah kembali bergolak selepas bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman semalam mendakwa mempunyai cukup sokongan ADUN untuk membentuk kerajaan baharu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau menganggap pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah seperti yang diumumkan Mohd Shafie pagi tadi, sebagai satu lagi penganiayaan terhadapnya.

Musa dalam pada itu berkata, beliau menganggap pembubaran DUN Sabah seperti yang diumumkan Mohd Shafie pagi tadi, sebagai satu lagi penganiayaan terhadapnya.

Katanya, kali pertama apabila kerajaan yang ditubuhkan melalui pilihan raya umum 2018 “dirampas”.

“Saya sudah menubuhkan kerajaan dan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah…saya dipecat,” katanya pada sidang media di kediamannya di Luyang hari ini.

Musa berkata walaupun pembubaran DUN dianggapnya tidak wajar, pihaknya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya.

“Sudah pasti kami bersedia, tetapi adakah perlu untuk menyusahkan dan membuang duit rakyat untuk mengadakan pilihan raya?” katanya.

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan