30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025

Wira Putra bantah pelantikan Eric Paulsen, gesa pecat segera

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Wira Putra Malaysia membantah pelantikan Eric Paulsen sebagai ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

Sehubungan itu, Naib Ketuanya, Syed Mohd. Shahriman Syed Badrishah menggesa dipecat segera bagi menjaga kredibiliti majlis tersebut. Berikut kenyataan penuh beliau;

Wira Putra Malaysia membantah pelantikan Eric Paulsen sebagai ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM) serta menggesa agar beliau dipecat dengan segera.

Syed Mohd. Shahriman Syed Badrishah

Pelantikan ini boleh dianggap satu usaha ke belakang oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah yang seolah-olah memperlekehkan kredibiliti MPKM dengan melantik seorang individu yang berfikiran anti-Islam dan memperjuangkan aliran pemikiran sesat serta pendokong fahaman ultra-liberalisme yang boleh merosakkan struktur sosial negara ini.

Individu ini sudah dikenali oleh semua rakyat Malaysia sebagai seorang yang menyokong budaya sesat seperti hubungan sejenis, transgender, gay/lesbian, rasis dan ekstremis.

Advertisements

Malah beliau pernah menuduh Jakim menyebarkan ajaran islam ekstremisme melalui khutbah jumaat.

Wira Putra Malaysia yakin Menteri Komunikasi dan Multimedia boleh berubah menjadi lebih bijak dalam pelantikan ahli majlis MPKM dan usahlah dibela dan membiarkan individu yang liberal dan ektremis terlibat di dalam sebarang pengurusan majlis di bawah kerajaan.

Seharusnya pelantikan ini diberikan kepada individu lebih berwibawa dan mempunyai kredibiliti tinggi di dalam badan-badan kerajaan seperti MPKM dan lain-lain.

Wira Putra Malaysia sekali lagi menegaskan bantahan terhadap pelantikan Eric Paulsen di dalam MPKM dan menggesa sekeras-kerasnya agar individu ini dipecat dengan segera.

Advertisements

Terkini

Diskaun 50 peratus bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar  biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025,...

Lagi Artikel Berkaitan