26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pemuda UMNO desak kerajaan tubuh RCI siasat Tabung Haji

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Malaysia menggesa kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji berhubung tuduhan penyelewangan yang didakwa berlaku sebelum ini.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rakyat berhak mendapat penjelasan tuntas dan telus mengenai pelbagai tuduhan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Berikut kenyataan penuh beliau seperti dipetik dari Instagram beliau hari ini:

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN) dapat segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH).

Pelbagai tuduhan dibuat oleh kerajaan PH terhadap Tabung Haji tetapi sehingga kini tiada satu pun dibawa ke muka pengadilan – Asyraf Wajdi

Walaupun RCI mengenai TH bukanlah sebahagian daripada janji kerajaan PN (sebaliknya janji manifesto PH), namun rakyat berhak mendapat penjelasan yang tuntas dan telus mengenai pelbagai tuduhan penyelewengan yang digembar-gemburkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu.

Bermula dengan pelbagai tuduhan penyelewengan yang berlaku dalam TH yang sehingga kini tiada satu pun didakwa ke muka pengadilan, sehinggalah pelbagai isu yang menyentuh hati rakyat termasuklah ura-ura pengurangan subsidi buat jemaah haji atas justifikasi konsep istitoah oleh bekas Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Isu jualan lambak ke atas 76.2 peratus ladang milik TH Plantations yang berkeluasan 101,000 hektar menjadi hanya 24,000 hektar dengan kaedah yang begitu meragukan juga benar-benar membangkitkan keresahan 9.4 juta pendeposit dalam kalangan umat Islam.

Ini tidak termasuk aset-aset lain TH bernilai RM10 bilion yang sudah terjual kepada syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB). Aset-aset ini termasuklah tanah TRX bernilai RM400 juta dan hotel-hotel TH seluruh Malaysia yang selama ini banyak menyumbang kepada perolehan TH.

Terbaru pendedahan surat TH oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menunjukkan dengan jelas bahawa Menteri Agama waktu itu Dr. Mujahid telah MELULUSKAN HAK PERLUCUTAN PERTAMA (First Right of Refusal) terhadap pembelian semula 18 aset hartanah TH yang telah dipindahkan ke UJSB, jelas mencetuskan keresahan rakyat.

Harus diingat TH adalah institusi yang cukup bernilai di hati rakyat Malaysia. Sebelum PH memerintah, TH tidak pernah gagal dalam merealisasikan matlamat penubuhannya yang bukan sahaja menguruskan segala keperluan urusan dan hal ehwal kebajikan jemaah haji, tetapi juga menjana ekonomi umat Islam.

Kecemerlangan TH sebelum ini bukan sahaja diiktiraf oleh dunia malah prestasi kewangan yang memberangsangkan setiap tahun membolehkan pendeposit berkongsi hibah. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan