25 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 20, 2021

Marzunisham dilantik Timbalan Gabenor baharu BNM

Must Read

BEKAS Pengarah Eksekutif Southeast Asia Voting Group Constituency di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Marzunisham Omar dilantik Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tempoh tiga tahun mulai 15 Jun ini.

Menurt bank pusat tersebut, beliau akan memantau keseluruhan bidang pengurusan korporat BNM, termasuk mata wang dan kewangan, digital dan teknologi, modal insan dan perkhidmatan korporat.

Marzunisham juga akan menjadi Timbalan Gabenor yang bertanggungjawab atas Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan.

“Marzunisham akan menjadi ahli Lembaga Pengarah dan akan terus menganggotai pelbagai jawatankuasa BNM, antaranya Jawatankuasa Pengurusan, Jawatankuasa Dasar Monetari, Jawatankuasa Kestabilan Kewangan, Jawatankuasa Pengurusan Rizab dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko.

“Beliau juga akan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan bagi Pencegahan Pengubahan Wang Haram,” jelas BNM dalam kenyataan media, semalam.

MARZUNISHAM & NORHANA

Marzunisham memulakan kerjaya beliau di BNM pada 1993 dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana serta Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dari University of Cambridge, United Kingdom (UK).

Beliau mempunyai pengalaman selama 27 tahun dalam pelbagai bidang perbankan pusat yang merangkumi ekonomi dan dasar monetari, pengawalan dan pembangunan sektor kewangan, rangkuman kewangan dan pembangunan organisasi.

BNM turut mengumumkan pelantikan Dr. Norhana Endut sebagai Penolong Gabenornya yang akan bertanggungjawab ke atas Jabatan Ekonomi, Dasar Monetari, Pengurusan Data & Statistik serta Jabatan Antarabangsa.

Sebelum ini, beliau berkhidmat di Jabatan Ekonomi dan Jabatan Dasar Monetari.

Norhana merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dari Washington University, Amerika Syarikat, serta Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Warwick, UK. – EDISI 9

Latest News

Perancah besi di Lebuh Raya DASH jatuh, dua pekerja cedera

CYBERJAYA - Dua pekerja pembinaan dipercayai cedera selepas perancah besi atau ‘scaffolding’ lebuh raya yang sedang dalam pembinaan runtuh...

More Articles Like This