30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Kerteh FC bukan sekadar menjual maruku

Mesti Baca

MUNGKIN ramai yang tersenyum sinis dengan usaha kelab bola sepak komuniti, Kerteh FC menjalankan perniagaan menjual maruku ketika Liga Malaysia dihentikan sementara ekoran wabak COVID-19.

Masakan tidak, sudah tentu ramai berfikir “apa kelas sebuah kelab bola sepak” menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti ini apatah lagi menjual maruku.

Namun, bagi Ketua Pegawai Eksekutif Kerteh FC, Syed Khairi Amier Syed Radzuan, pihaknya bukan sekadar menjual maruku tetapi lebih penting ialah untuk mempelbagaikan perniagaan, selain menguruskan sebuah kelab bola sepak.

Beliau berkata, walaupun sumber pendapatan utama kelab itu datang daripada cabang minyak dan gas tetapi pihaknya mahu mengorak langkah dalam perniagaan lain, termasuk makanan dan minuman.

“Selain daripada (sebagai) cabang pendapatan baharu kelab, langkah ini juga merupakan satu usaha dari kami bagi mengikat komuniti dan usahawan di Kerteh dengan jenama Kerteh FC itu sendiri.

Advertisements

“Produk maruku sebagai permulaan dan akan ada beberapa produk lagi dari usahawan-usahawan di Kerteh yang akan kami pasarkan nanti,” kata Syed Khairi Amier menerusi twitternya.

Selain maruku, Kerteh FC juga menjalankan penjualan barangan cenderamata kelab termasuk termasuk jersey dan baju-T.

Kerteh FC yang ditubuhkan pada 2018 merupakan juara berganda Liga Amatur Terengganu (TAL) tahun lalu dan layak beraksi dalam Piala FA tetapi tumpas kepada Nothern Lions (Perlis).

Musim lalu, The Oiler yang berpangkalan di Kerteh, Terengganu itu mencatatkan keuntungan sebanyak 24.1 peratus daripada keseluruhan pendapatan, ketika kelab-kelab bola sepak lain termasuk bertaraf profesional tenat sehingga perlu menagih simpati FAM.

Melalui konsep 3P iaitu Perniagaan, Pelaburan dan Penajaan yang diamalkan kelab itu telah menjana pendapatan lumayan sehingga mampu melantik Pengurus Sukan Antarabangsa RCD Espanyol, Oscar Riera sebagai Penasihat Teknikal kelab itu.

Sebelum itu, Syed Khairi Amier juga berkata, pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan.

Justeru, katanya, melalui pengurusan yang sistematik dan dinamik dapat memastikan syarikat sentiasa dapat mengekalkan dan memperbaiki prestasi ke arah yang lebih baik dan maju. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan