32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Utusan dalam kenangan

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

“UTUSAN bukan sebuah syarikat yang dilahirkan di atas dulang emas, namun perjalanan panjangnya sehingga kini membolehkannya mengharungi cabaran dunia media baharu yang serba canggih dan pantas”.

PEMANDANGAN tingkat empat Jabatan Pengarang selepas pejabat dikosongkan pada 10 Oktober 2019.

Kata-kata di atas dipetik akhbar Utusan Malaysia bertarikh 13 September 2013 sempena Ulang Tahun Ke-75 syarikat penerbitan itu.

Hari ini 29 Mei 2020, jika Utusan masih hidup, syarikat itu menyambut ulang tahunnya yang ke-81.

Bagaimanapun, Utusan telah berhenti operasi pada 9 Oktober tahun lalu dan menamatkan khidmat pekerja pada 31 hari bulan yang sama dengan notis serahan surat.

Bagi mengenai kelahiran dan penutupan Utusan, kami membawakan foto-foto kenangan aktiviti khusus untuk pelayar Edisi 9.

Selamat Ulang Tahun Utusan dan Salam Lebaran.

PENGARAH Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas dan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Aziz Ishak diperhatikan Timbalan Ketua Pengarang, Datuk Othman Mohamad barisan kemimpinan Jabatan Pengarang memotong kek sebagai simbolik meraikan Majlis Sambutan Aidilfitri Editorial Utusan pada 3 Ogos 2016.
WARGA jabatan pengarang menyanyikan lagu suara keramat sebelum Majlis Sambutan Aidilfitri Editorial Utusan pada 3 Ogos 2016
KETUA Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak berucap semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Editorial Utusan pada 3 Ogos 2016
PENGERUSI Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamad Fatmi Bin Che Salleh (kanan) bersama- sama Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat (dua dari kanan) dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Noordin Abbas (tiga dari kanan) melayani kakitangan semasa majlis berbuka puasa Bank Islam bersama Kumpulan Utusan di Ibu Pejabat Utusan pada 27 Jun 2016
PENGURUS Jabatan Pengarang Utusan, Ainol Amriz Ismail mengiringi Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Jamalludin Kasbi (kiri) melawat pejabat operasi pengarang di tingkat empat semasa sesi kunjungan hormat beliau di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad pada 12 Julai 2016.
DATUK Seri Najib Tun Razak ceria melihat album khas kompilasi foto sepanjang karier beliau sempena 40 tahun dalam politik yang diserahkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Noordin Abbas yang turut serta Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan timbalan, Datuk Othman Mohamad di Parlimen pada 23 MAC 2016.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan